2008 Memorandum on Media Freedom
Ditaja
oleh:
Aliran Kesedaran
Negara, Benar for Free and Fair Media , Centre for Independent
Journalism, Civil Rights Committee, Kuala Lumpur and Selangor Chinese
Assembly Hall, Civil Society Initiative for Parliamentary Reform, Gerakan Mansuhkan ISA, Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall
Youth Section, Malaysia Youth and Student Democratic Movement, National
Alliance of Bloggers, People’s Parliament, Persatuan Kesedaran Komuniti,
Selangor, Sister in Islam,
Suara Rakyat Malaysia dan Writers Alliance for
Media Independence
Akan diserahkan kepada pemimpin-pemimpin nasional
dan pemimpin-pemimpin
negeri pada 27hb Oktober,2008 |
|
Patutkah anda diberitahu
tentang KEBENARAN supaya anda
dapat membuat keputusan berasaskan maklumat yang betul?
Ini, nampaknya, tidak mungkin
berlaku memandangkan hak anda untuk mengetahui kebenaran kini disekat 30
undang-undang yang membawa akibat yang serius. Di antaranya ialah :-
-
Akta Penerbitan dan
Mesin Cetak (“PPPA”) yang memberi Menteri Dalam Negeri kuasa
mutlak untuk memutuskan siapa yang boleh mendapat permit penerbitan,
bila untuk membatalkan atau menangguhkan permit itu, dan buku-buku
mana yang harus diharamkan. Oleh itu beberapa akhbar utama
terpaksalah menurut perintah dan mengamalkan penapisan diri.
-
Akta Rahsia Rasmi (“OSA”)
yang merampas hak seseorang untuk mengetahui segala yang
diperlakukan di pejabat-pejabat kerajaan, contohnya perkara-perkara
seperti bagaimana duit cukai dibelanjakan dan sama ada
kontrak-kontrak kerajaan diberi melalui tender yang sepatutnya.
-
Akta Hasutan yang
membenarkan kerajaan menutup mulut para pengkritik dengan
alasan-alasan bahawa mereka itu sengaja menimbulkan rasa benci
terhadap kerajaan dan mengancam harmoni social.
-
Akta Keselamatan Dalam
Negeri (“ISA”) yang membenarkan kerajaan menahan sesiapa sahaja
tanpa perbicaraan untuk tempoh masa yang tidak dapat dipastikan
dengan bertopengkan perlindungan keselamatan nasional.
-
Akta Komunikasi dan
Multimedia (“CMA”) yang membenarkan penumpuan siaran media
dikuasai oleh golongan-golongan yang mempunyai hubungan rapat dengan
pihak-pihak yang berkuasa.
Oleh yang demikian kita
haruslah menuntut perubahan melalui reformasi undang-undang media dengan
:-
-
mengadakan Jawatankuasa
Parlimen yang terpilih untuk mengkaji semula semua undang-undang
yang berkaitan dengan media serta memansuhkan undang-undang yang
menyekat kebebasan bercakap, kemudahan mendapat maklumat dan
penguatkuasaan;
-
menangguhkan
penguatkuasaan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (“PPPA”)
sebelum pemangsuhannya; dan
-
menggubal undang-undang
Akta Hak Kebebasan Maklumat (“FOI”) di peringkat persekutuan dan
negeri;
-
*
Seorang ahli Parlimen dari pihak pembangkang teleh menyerahkan Rang
Undang-Undang Ahli Parlimen Biasa (“a private Member’s Bill”) dan
beberapa kerajaan negeri sedang mengkaji penggubalan undang-undang
FOI di negeri-negeri tersebut. Sejauh ini Kerajaan
Persekutuan tidak mengendahkan panggilan untuk menggubal FOI, dan
ada kemungkinan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen Biasa tidak akan
dikemukakan kecuali menghadapi tekanan dari rakyat.
Anda boleh menukar situasi
yang menyedihkan ini. Apa yang perlu ialah semangat politik yang kuat
untuk menuntut perubahan. Pastikan suara anda didengar. Kebenaran tidak
sepatutnya dirahsiakan. |